KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TUAN YANG TERUTAMA TUN SERI SETIA (DR.) HJ. MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM, YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA

22 Disember 2020: Barisan Pengurusan Tertinggi JKSM yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan mengadakan sesi kunjung hormat ke atas Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang DiPertua Negeri Melaka bertempat di Pejabat TYT di Ayer Keroh, Melaka.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. bagi pihak JKSM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas perlantikan TYT Tun Seri Setia (DR) sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ketujuh mulai Jun 2020 yang lalu.

Antara tujuan kunjung hormat ini adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim dan jalinan muhibbah antara TYT Tun Seri Setia (DR) bersama barisan Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang juga Hakim Rayuan Syariah bagi Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan cadangan pembinaan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di negeri Melaka dan JKSM bersedia untuk menerima mana-mana tanah yang dianugerahkan oleh TYT Tun Seri Setia (DR) dan kerajaan negeri Melaka yang difikirkan bersesuian bagi pembinaan AKSM tersebut.

Alhamdulillah, sesi pertemuan petang ini menghasilkan keputusan yang positif di mana TYT Tun Seri Setia (DR) bersedia menawarkan tapak yang bersesuaian dan beliau turut berterima kasih kepada JKSM kerana memilih Negeri Melaka sebagai tapak AKSM.

Cadangan penubuhan AKSM ini sangat penting dan akademi ini bukan sahaja bakal dijadikan pusat latihan dalam melatih hakim-hakim syarie di seluruh Malaysia bahkan termasuklah hakim-hakim syarie di Negara Nusantara seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Semoga cadangan penubuhan AKSM di Negeri Melaka dapat direalisasikan dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi pegawai-pegawai syariah seterusnya memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah di negara kita.

Turut hadir di dalam sesi kunjung hormat ini adalah Hakim-Hakim Rayuan Syariah JKSM, Ketua Hakim Syarie MSN Melaka, Ketua Pendaftar JKSM dan Ketua Pendaftar MSN Melaka.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Jul 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024