KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM) KE JKSM

9 Februari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Musa Bin Awang.

Kehadiran delegasi PGSM tersebut telah disambut oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bersama barisan pengurusan tertinggi JKSM termasuk Pengarah-pengarah Bahagian JKSM.

YAA Dato’ Setia Dr. terlebih dahulu dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan atas kesudian delegasi PGSM berkunjung ke JKSM dan beliau mengharapkan agar hubungan erat ini akan terus berterusan pada masa akan datang.

Beliau mengharapkan pertemuan ini dapat membincangkan isu-isu berkaitan perjalanan mahkamah syariah serta perbincangan berkaitan usaha menangani permasalahan berkaitan perkembangan dan pengukuhan undang-undang syariah yang melibatkan peguam syarie.

PGSM turut berkesempatan membentangkan gerak kerja berhubung penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie (WWP) Akta 814 di mana sebanyak 10 siri bengkel telah diadakan bermula April 2021 hingga September 2021.

Sebanyak 4 deraf kaedah yang telah diendorskan oleh Jawatankuasa Induk telah diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil manakala 2 kaedah akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan isu berkaitan dana bagi menampung pengoperasian PGSM bagi menjalankan aktiviti yang dirancang terutama berkaitan penggubalan Akta 814 seterusnya dapat memartabatkan Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia.

Untuk rekod, pertemuan hari ini turut dijalankan secara atas talian bagi kehadiran Pengerusi PGSM di Negeri-negeri antaranya Tuan Ismail Mohd, Tuan Zainal Abidin Shaik Zakaria, Tuan Hamdi Ishak, Tuan Adham dan Tuan Ibrahim Ismail.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Dec 4th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 2, 2024 December 3, 2024 December 4, 2024 December 5, 2024 December 6, 2024 December 7, 2024 December 8, 2024