KUNJUNGAN HORMAT YAA KETUA HAKIM SYARIE KE ATAS DUTA MESIR

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Mesir yang baharu, H.E. Ragai Tawfik Nasr bertempat di Kedutaan Mesir, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.

Semasa kunjungan hormat ini berlangsung, YAA Dato’ Setia Dr. dan H.E Ragai Tawfik Nasr berkesempatan bertukar-tukar penjelasan dan pandangan perihal Perlembagan Undang-Undang Syariah dan struktur pentadbiran syariah negara masing-masing.

YAA Dato’ Setia Dr. juga berkesempatan menjelaskan perancangan JKSM untuk memantapkan dan memperbanyakkan lagi latihan untuk para pegawai di JKSM. Ini bagi memastikan semua Pegawai Syariah yang dilahirkan oleh JKSM kompeten dalam bidang tugas masing-masing selaras dengan kehendak Jabatan. H.E Ragai Tawfik Nasr menyambut baik perancangan tersebut dan akan memberi sokongan penuh kepada sebarang kolaborasi strategik antara kedua negara dalam membantu urusan pentadbiran JKSM secara amnya.

Duta Mesir juga telah melahirkan hasrat untuk menawarkan kursus-kursus Bahasa Arab dan Undang-Undang di negara Mesir kepada para pegawai Syariah JKSM. Ini kerana kedua-dua pihak mempunyai pendapat yang sama berkenaan kepentingan dalam memahami dan mempelajari Bahasa Arab khususnya Bahasa Arab Mesir yang lebih difahami semua dan lebih universal.

H.E Ragai Tawfik Nasr juga memuji dan mengagumi kebolehan YAA Dato’ Setia Dr. fasih berbahasa Arab walaupun tidak menuntut di negara Arab.

Pertemuan yang diadakan pada hari ini dapat memberikan impak yang tinggi kepada sistem perundangan dan kehakiman syariah negara sekaligus mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Kunjungan hormat ini juga turut disertai oleh Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan JKSM; Tuan Mohd Yusof bin Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM; Tuan Mohd Khairul Hamiz bin Mohd Hussin, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM dan Tuan Abdul Fattah bin Dato’ Kamaruddin, Pegawai Khas Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Last Updated on April 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022