KURSUS BACAAN ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH

26 Mei 2022: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kelas Bacaan Akta/Enakmen Tatacara Jenayah Syariah yang bermula pada 24-26 Mei, 2022 secara dalam talian. Program ini telah mensasarkan peserta program daripada kalangan Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama penganjuran kursus pada kali ini adalah untuk memberikan kefahaman kaedah membaca dan merujuk peruntukan dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah secara tepat, seterusnya memberi pendedahan prinsip-prinsip berkaitan Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah berdasarkan keputusan kes Mahkamah Syariah.

Penceramah jemputan bagi menjayakan kursus pada kali ini ialah YA Tn. Zulfikri Yasoa, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor merupakan seorang daripada kalangan bijaksana yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang Perundangan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam pengendalian kes di Mahkamah Syariah.

Kaedah penyampaian oleh penceramah jemputan kali ini dilihat dapat menarik minat para peserta. Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan pemahaman berkaitan Tatacara Jenayah Syariah.

Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung, seterusnya memberikan nilai tambah dan peningkatan kompetensi kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan mereka sebagai Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia.

Semoga penganjuran kursus seumpama ini juga mampu menyumbang kepada usaha memperkasakan dan memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia serta penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang kepada masyarakat.

Last Updated on May 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023