KURSUS BENGKEL ASAS PEMAHAMAN DAN PENGIRAAN FARAID

9 Mac 2022 (Rabu): Bahagian Latihan, JKSM telah menganjurkan Bengkel Asas Pemahaman dan Pengiraan Faraid yang disertai oleh seramai 35 orang Pegawai dan kakitangan dari seluruh Malaysia. Kursus ini telah diadakan secara fizikal, bertempat di Aras 5, Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr Ibrahim Lembut, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula pada 8 hingga 9 Mac 2022.

Objektif penganjuran kursus kali ini adalah untuk memberi asas kemahiran kepada peserta kaedah pembahagian dan pengiraan harta secara adil menurut Syari’at Islam, mengenali dan memantapkan kefahaman peserta berhubung susur galur waris-waris yang berhak serta memberi ruang kepada para peserta bertukar pandangan dan mengajukan soalan isu-isu semasa berkaitan topik yang dipilih.

Penceramah kali ini ialah Puan Firdawaty binti Mohammad, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan, bersama Tuan Haji Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan, JKSM.

Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan asas pemahaman faraid.

Harapan bagi bengkel ini agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan seharian.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022