KURSUS BODY LANGUAGE (LANJUTAN)

8 September 2021: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Body Language (Lanjutan) yang disertai oleh seramai 150 orang yang terdiri daripada Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, Peguam Syarie dari Jabatan Bantuan Guaman, Pegawai-pegawai Sulh dan Pegawai-pegawai Bahagian Sokongan Keluarga dari seluruh Malaysia yang dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom bermula pada 6 hingga 8 September 2021.

Objektif penganjuran kursus kali ini adalah untuk mempelajari cara untuk membaca dan menafsir tingkah laku nonverbal, Menganalisis Isyarat bahasa yang betul dari kepala sehingga ke kaki serta menggunakannya bagi memahami emosi serta keadaan manusia dengan cara yang betul dan mengadaptasi ilmu bahasa badan yang tepat ke dalam diri bagi memukau dan mempengaruhi manusia sekeliling semasa berkomunikasi.

Terdahulu, kursus dimulakan dengan ucapan aluan daripada YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM yang mengalu-alukan kehadiran YBrs. Tuan Shahrom bin Hassan menerima jemputan dari pihak JKSM sebagai penceramah .

YAA Dato’ Setia Dr. amat berharap agar para peserta tidak melepaskan peluang dan ruang yang telah disediakan melalui medium kursus ini untuk menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan berkaitan ilmu bahasa badan ini dalam berkomunikasi.

YAA Dato’ Setia Dr. menekankan kepentingan dalam menjaga tutur kata, adab dan tingkah laku dalam berkomunikasi terutamanya kepada Frontliner-frontliner yang berhadapan dengan masyarakat yang datang untuk berurusan di Mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Kepentingan menjaga tuturkata, adab sopan dan tingkah laku penentu dalam menjaga imej dan nama baik Mahkamah Syariah itu sendiri.

Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah, iaitu Tuan Shahrom bin Hassan yang merupakan Pakar Bahasa Badan dan Kaedah penyampaian oleh penceramah kali ini dilihat dapat menarik minat para peserta.

Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan pemahaman berkaitan Bahasa badan dalam berkomunikasi.

Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan mereka.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024