KURSUS DISKUSI LANJUTAN MANUAL RUNDING CARA PEGAWAI UNIT KHIDMAT NASIHAT & PERUNDANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

4 Ogos 2022 | Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan kerjasama Bahagian Latihan JKSM, hari ini telah menganjurkan Kursus Diskusi Lanjutan Manual Runding Cara Pegawai Unit Khidmat Nasihat & Perundangan Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Kursus ini dijalankan selama 3 hari bermula pada 2 hingga 4 Ogos 2022, dengan tujuan untuk memberikan pendedahan dan kefahaman terhadap Manual Runding Cara, Bahagian Sokongan Keluarga, mewujudkan kesepakatan ke arah penyeragaman dan penyelarasan dalam pengendalian sesi runding cara dalam kalangan pegawai BSK, membincangkan secara bersama isu dan masalah dalam pengendalian sesi runding cara di negeri-negeri dan meningkatkan kemahiran dan memantapkan profesionalisme pegawai BSK seluruh Malaysia.

Dalam kursus ini, telah diadakan sesi ceramah berkaitan dengan pemakaian Manual Runding Cara dan perkongsian pengalaman sepanjang mengendalikan proses runding cara yang disampaikan oleh Tuan Jamil bin Haji Ahmad dari BSK Seksyen Negeri Kedah dan Tuan Mohd Alimi bin Mohammed dari BSK Seksyen Negeri Sembilan.

Para peserta juga turut didedahkan dengan tip dan cara untuk memenangi hati pihak-pihak yang terlibat dari sudut psikologi melalui ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Azura binti Hamdan, Timbalan Pengarah Bahagian Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Untuk rekod, perasmian majlis penutupan dan penyampaian amanat bagi kursus ini telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Pengarah Bahagian Latihan JKSM.

Diharap agar kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan Pegawai Runding Cara BSK dalam mengendalikan sesi runding cara ke arah penyelesaian segera kes-kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah demi memelihara hak mereka yang dizalimi.

Last Updated on August 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024