KURSUS PENGHUJAHAN BERKUALITI

23 Jun 2022 : Putrajaya – Bahagian Latihan JKSM telah menganjurkan Kursus Penghujahan Berkualiti mulai 21 – 23 Jun 2022 bertempat di Bilik Latihan Syariah, Aras 4, JKSM. Kursus ini dianjurkan untuk peserta yang terdiri dari kalangan Pendakwa Syarie yang ditempatkan di Jabatan/ Bahagian Pendakwaan Syariah Negeri dari seluruh negara.

Kursus Penghujahan berkualiti ini merupakan salah satu modul di bawah kurikulum undang-undang kepada semua Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada peserta mengenai kaedah penyediaan hujah berdasarkan Undang-undang Tatacara Jenayah dan Undang-undang Keterangan serta pendedahan berkaitan dengan teknik dan elemen penting dalam penghujahan bertulis dan lisan.

Kursus selama 3 hari ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh YBhg. Dato’ Yusaini Amer Bin Abdul Karim (Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan II, Jabatan Peguam Negara). Sesi latih amal – moot trial turut diadakan bagi mendengar dan menilai hujahan yang telah disediakan oleh para peserta terhadap isu dan kes yang dikemukakan.

Semoga para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan seharian.

Last Updated on Jun 23, 2022

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah P. Pinang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur