KURSUS PENGUATKUASAAN & PELAKSANAAN PERINTAH SIRI 2

24 – 25 Jun 2021 | Bahagian Latihan telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah Siri 2 yang disertai oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Naím bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Di dalam ucapan perasmian Yang Amat Arif Dato’ Setia Dr. memberi penekanan bahawa Hakim adalah individu yang penting dalam menentukan keadilan kepada pihak-pihak bukan sekadar hanya mengeluarkan perintah di atas kertas tetapi turut memastikan perintah tersebut dipatuhi agar matlamat perintah tersebut dapat dicapai.

Kursus telah diisi dengan sesi perkongsian oleh oleh YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM dan Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang.

Pada hari pertama kursus ini, Tuan Mohd Hirman Bin Ab Raub telah berkongsi pengalaman bersama peserta mengenai peruntukan serta peraturan yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang terdapat di dalam undang-undang serta pemakaiannya di Mahkamah Sivil manakala pada hari kedua para peserta telah berkongsi pandangan mengenai penguatkuasaan perintah berdasarkan keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan Syariah bersama YA Dato’ Haji Mohamad Shakir Bin Abdul Hamid.

Di sepanjang kursus berjalan, para peserta dan penceramah telah dapat mewujudkan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan dibincang bersama-sama dalam usaha untuk mencari praktis terbaik agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024