KURSUS SIJIL EKSEKUTIF KEMAHIRAN ISTINBAT HUKUM DALAM PENGHAKIMAN SYARIE (KIPSYA) Siri -1/2023

Kurator Program Latihan Kehakiman dan Perundangan Syariah, BL JKSM

PUTRAJAYA, 16 Februari –

Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Kursus Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie (KIPSYA) Siri 1 bermula pada 15 hingga 16 Februari 2023 dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di JKSM Putrajaya.

Objektif kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk:

1. Memantapkan pemahaman para peserta berkenaan Pengenalan kepada fiqh, usul al-Fiqh, al-Qada’ dna dalil-dalil utama hukum Syarak dalam penghakiman Syarie.

2. Memantapkan pemahaman para peserta berkenaan dalam mengaplikasi

konsep Masalih al-Mursalah, al-Istihsan, al-‘Urf, Sadd al-Zariah, al-Istishab dan maqasid al-Syariah dalam bidang perundangan dan kehakiman Syariah.

KIPSYA siri 1 ini dikendalikan oleh Prof Madya Mohd Nasir bin Abdul Majid, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) USIM dan Prof. Madya Dr. Abdul Manan bin Ismail, Pengarah Akademi Fiqh Islami (AFHAM) USIM.

Di awal kursus ini, para peserta telah diberikan taklimat berkenaan silibus dan modul Kursus KIPSYA 2023 yang disampaikan oleh YBrs Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Pengarah, Bahagian Latihan JKSM.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 30 orang peserta (kumpulan kedua) terdiri dalam kalangan YA Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia dan Pegawai-pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on February 16, 2023

Kalendar JKSM

Week of Aug 12th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 12, 2024 August 13, 2024 August 14, 2024 August 15, 2024 August 16, 2024 August 17, 2024 August 18, 2024