KURSUS SIJIL EKSEKUTIF KEMAHIRAN ISTINBAT HUKUM DALAM PENGHAKIMAN SYARIE SIRI 2/2022

*Kurator Program Latihan Kehakiman dan Perundangan Syariah, BL JKSM*

PUTRAJAYA, 21 Julai –Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia melalui Bahagian Latihan telah mengadakan Kursus Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie Siri 2 pada 20 hingga 21 Julai 2022 dengan kerjasama Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program tersebut telah disertai seramai 27 orang peserta kumpulan pertama yang terdiri dalam kalangan Pegawai Syariah seluruh Malaysia.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan memantapkan pemahaman para peserta berkenaan metodologi istinbat hukum dalam menyediakan Alasan Penghakiman kes-kes di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah (mal dan jenayah) selari dengan konteks semasa menurut pendekatan para ulamak muktabar. Memantapkan pemahaman para peserta dalam pengaplikasian kaedah dan prinsip Usul al-Fiqh bagi penyediaan alasan penghakiman. Menyediakan platform dan peluang kepada para peserta untuk mendalami ilmu dari segi kaedah dan teknik, memahami konteks dan isu dengan merujuk kepada Dalalah al-Lafz, seterusnya dapat menyumbang kepakaran dan kemahiran secara aktif kepada Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah negara.

Kursus ini dikendalikan oleh YBhg Prof Dr Irwan bin Mohd Subri, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) USIM dan YBhg Prof. Madya Dr, Abdul Manan bin Ismail, Pengarah Akademi Fiqh Islami (AFHAM) USIM.

Sepanjang kursus tersebut, para penceramah berkongsi ilmu berkenaan proses istinbat hukum dan kepentingan dalam memahami serta mengaplikasi ilmu Usul Fiqh dalam proses istinbat hukum terutama dalam Alasan Penghakiman (AP) bagi mencapai keadilan serta memberikan hak kepada pihak-pihak yang berhak.

Untuk rekod, Kursus Sijil Eksekutif Kemahiran Istinbat Hukum Dalam Penghakiman Syarie Siri 1 telah diadakan pada 22-23 Jun 2022 yang lalu di JKSM.

Last Updated on July 21, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024