KURSUS UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM ISU NAFKAH ANAK DAN HADHANAH BAGI PEGAWAI-PEGAWAI JBG DAN BSK

9 Mac 2022: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Undang-undang Keluarga Islam Isu Nafkah Anak dan Hadhanah dan yang disertai oleh seramai 20 orang Peguam Syarie (JBG) dan Pegawai BSK dari seluruh Malaysia. Kursus ini telah diadakan secara fizikal, bertempat di Aras 4, Bahagian Latihan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bermula pada 7 hingga 9 Mac 2022.

Objektif penganjuran kursus kali ini adalah untuk memberi kemahiran kepada peserta kaedah membaca dan merujuk semua peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, memantapkan kefahaman berhubung peruntukan di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam secara tepat dan berkesan dan memberi pendedahan Prinsip Undang-undang Keluarga Islam berdasarkan keputusan kes Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

Seramai 4 orang ceramah jemputan telah dijemput bagi menjayakan kursus kali ini yang terdiri daripada YA Tuan Kaml Bashah bin Hj Ahmad Tajudin, Hakim Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Puan Haniza Hanim binti A.Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Kelahiran, kematian dan Anak Angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya, Pn Sulaimah Binti Daud, dan Tuan Muhammad Zulfadli bin Mohd Nawawi, Peguam Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat .

Kaedah penyampaian oleh penceramah jemputan kali ini dilihat dapat menarik minat para peserta. Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan pemahaman bukan sahaja isu-isu berkaitan perundang Islam, tetapi juga undang-undang lain yang berkaitan dengan isu Nafkah Anak dan Hadhanah.

Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan mereka sebagai Peguam Syarie dan Pegawai BSK di seluruh Malaysia.

Semoga penganjuran kursus seumpama ini juga mampu menyumbang kepada usaha memperkasakan dan memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia serta pembangunan modal Insan.

Last Updated on March 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022(2 events) September 2, 2022(1 event) September 3, 2022 September 4, 2022