KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN: KETERANGAN DOKUMEN DAN LISAN (PEMAHAMAN, PENULISAN DAN MENTOR MENTEE) HAKIM KUMPULAN 4,5 & 6

09 Mac 2021: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sedang melaksanakan Kursus Undang-Undang Keterangan: Keterangan Dokumen Dan Lisan (Pemahaman, Penulisan Dan Mentor Mentee) kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia secara bersiri bermula 16 Mac 2021 hingga 06 April 2021.

Objektif utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan pemahaman semua peserta berkaitan beban pembuktian serta pensabitan fakta persoalan untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan dalam menghasilkan Alasan Penghakiman yang berkualiti mengikut kehendak Hukum Syarak dan Undang-Undang.

Kursus ini akan berlangsung dalam tempoh masa tersebut di atas sebanyak 8 siri dan dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, daripada Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini adalah daripada Hakim Kumpulan 4, 5 dan 6. Walaubagaimanapun, BL telah juga menjemput Hakim Syarie daripada kumpulan 1, 2 dan 3 bagi bersama-sama mengikut kursus kali ini. Kehadiran peserta bagi tiga siri yang lepas amat memberangsangkan dengan catatan purata kehadiran adalah di antara 95 hingga 110 orang bagi setiap siri.

Pada tarikh hari ini, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada penceramah jemputan dan para peserta.

YAA Dato’ Setia Dr. amat mengalu-alukan kehadiran serta kesudian Prof Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam menerima jemputan pihak JKSM sebagai penceramah jemputan.

YAA Dato’ Setia Dr. amat berharap agar para peserta tidak melepaskan peluang dan ruang yang telah disediakan melalui medium kursus ini untuk menimba seberapa banyak ilmu dan pengetahuan berkaitan undang-undang keterangan.

YAA Dato’ Setia Dr. menekankan kepentingan ilmu kepada semua peserta yang merupakan Hakim Syarie yang bertanggungjawab menegakkan keadilan dan seterusnya memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Syariah.

Kehadiran semua peserta di dalam kursus ini juga amat penting dalam memastikan kompetensi diri dan pengetahuan semua peserta dalam undang-undang khususnya undang-undang keterangan dapat dipertingkatkan.

Pihak penganjur dan para peserta juga amat berbesar hati di atas kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. bagi menyampaikan ucapan alu-aluan yang boleh menjadi panduan kepada semua peserta.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023