LAPORAN MAJLIS TAKLIMAT SOP HUKUMAN SEBATAN LUAR PENJARA & GARIS PANDUAN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) BGI PESALAH SYARIAH

01 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah merasmikan Majlis Taklimat SOP Hukuman Sebatan Luar Penjara & Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) Bagi Pesalah Syariah bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis Taklimat ini turut disertai oleh YAA Tuan Alidin @ Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, selaku penganjur bersama Majlis Taklimat hari ini, Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Hajah Nora Binti Musa, Pengarah Penjara Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan dan Tuan Timbalan Komisioner Penjara Abd Kadir Jailani bin Ismail, Pengarah Penjara Simpang Renggam.

Taklimat ini disampaikan oleh Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz dan Tuan Dzul Elmy Yunus, Hakim Mahkamah Majistret 1, Tawau Sabah.

Majlis Taklimat ini adalah siri keempat yang dirancang oleh JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri dan didukung bersama oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Sebagaimana yang dirancang, program ini dihadiri oleh pegawai -pegawai yang terlibat secara langsung di dalam proses pelaksanaan prosiding sehinggalah kepada pelaksanaan hukuman iaitu Hakim-Hakim Syarie, Ketua Pendaftar Mahkamah, Pendaftar, Pembantu Hakim, Pendakwa Syarie, Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri dan pegawai penjara khususnya Pegawai Parol/ Pegawai Perintah Kehadiran Wajib di Negeri dan di daerah-daerah seluruh negeri Sabah.

Penganjuran program ini juga bagi memastikan wujudnya koordinasi awal dan kerjasama padu antara Mahkamah Syariah dengan Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat Parol Daerah. Selain itu, melalui majlis hari ini pegawai – pegawai di Mahkamah Syariah, pendakwa syarie, penguatkuasa agama serta pegawai parol daerah berpeluang bertukar-tukar pandangan, seterusnya lebih mengenali antara satu sama lain, justeru ianya akan memudahkan urusan pelaksanaan kedua-dua SOP dan Garis Panduan tersebut selepas ini.

Last Updated on August 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024