LAPORAN MESYUARAT PROGRAM SANGKUTAN PENDAKWA SYARIE DI BAHAGIAN PENDAKWAAN SIVIL NEGERI-NEGERI

21 Januari 2022 : Satu mesyuarat bagi membincangkan Program Sangkutan Pendakwa Syarie Di Bahagian Pendakwaan Sivil Negeri-Negeri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Latihan, Aras 4, JKSM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Di dalam mesyuarat tersebut, YBrs. Puan Zuraini Binti Yahaya, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Penyelarasan Pendakwaan,Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah (BPPPS), JAKIM telah hadir dan membentangkan pelaporan dan dapatan hasil dari program sangkutan pendakwaan anjuran JAKIM sebelum ini sejak tahun 2014.

Berdasarkan program sangkutan yang disediakan oleh JAKIM sebelum ini, pelaksanaannya memerlukan Pendakwa Syarie yang menjalani latihan untuk hadir ke Pejabat Pendakwaan dalam tempoh 2 bulan untuk memerhati dan mendapatkan maklumat mengenai proses pendakwaan yang dilaksanakan di peringkat Mahkamah Sivil.

Bahagian Latihan sebelum ini dengan kerjasama Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara terdahulu iaitu YBrs. Tuan Manoj Kurup telah mencapai kata sepakat dimana Pendakwa Syarie di Negeri-Negeri, boleh menjalani latihan sangkutan di Pejabat Pendakwaan Negeri masing-masing. Berikutan dengan itu, satu makluman mengenai program ini telah diedarkan kepada Ketua Pendakwa Negeri pada 22 Januari 2020.

Seterusnya, pada 15 April 2021 yang lalu, JKSM dengan diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar telah membuat kunjungan hormat ke Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Nik Suhaimi bin Nik Sulaiman (Ketua Bahagian Pendakwaan, AGC). Dalam kunjungan tersebut beliau serta Bahagian Pendakwaan AGC tidak mempunyai sebarang halangan bagi pelaksanaan program ini dan turut menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini.

Sehubungan dengan itu, besar harapan JKSM, supaya program ini dapat diteruskan untuk memberi ruang dan peluang kepada Pendakwa Syarie di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan mengenai kemahiran-kemahiran berkaitan daripada Rakan Pendakwa yang bijaksana di Mahkamah Sivil.

Turut hadir di dalam mesyuarat ialah YBrs. Puan Nenney Shuhaidah Binti Shamsuddin (Pengarah Bahagian Latihan, JKSM), YBrs. Tuan Zainor Rashid Bin Hassin (Ketua Pendakwa Syarie / Pengarah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor), YBrs. Tuan Mohd Nahar Bin Mohamad (mewakili Ketua Pendakwa / Pengarah,Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan), YBrs. Tuan Mohd Naim Bin Mustafa (Penolong Pengarah Kanan, BPPPS, JAKIM) dan pegawai-pegawai dari Bahagian Latihan, JKSM.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024