LAPORAN PENYELESAIAN TUNGGAKAN NAFKAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) SEKSYEN NEGERI KEDAH, NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR

17 Mac 2021 – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Kedah pada hari ini telah merekodkan satu penyelesaian tunggakan nafkah anak, persekolahan dan perayaan oleh Penghutang Penghakiman sebanyak RM2,106.40. Kes di Pulau Langkawi tersebut dikendalikan oleh BSK Seksyen Negeri Kedah.

Penyelesaian tunggakan nafkah anak turut direkodkan oleh BSK Seksyen Negeri Sembilan dengan pembayaran tunggakan sebanyak RM3,945.20. Pembayaran telah dibuat secara pindahan wang secara terus ke akaun Pemiutang Penghakiman.

Tidak ketinggalan, BSK Seksyen Negeri Selangor turut merekodkan penyelesaian tunggakan muta’ah sebanyak RM6,000.00 yang turut dibayar secara terus ke akaun Pemiutang Penghakiman melalui pindahan wang.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK kepada semua pelanggan adalah secara percuma tanpa sebarang bayaran. Pihak-pihak yang teraniaya atau dinafikan nafkah boleh tampil memfailkan aduan pelanggaran perintah dengan BSK.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah P. Pinang
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur