LAWATAN KE TAPAK PROJEK MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH JEMPOL YANG BAHARU

25 Februari 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini telah berkesempatan meluangkan masa melawat ke tapak projek pembinaan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jempol yang baharu.

Lawatan tersebut di buat sejurus selesai Majlis Ramah Mesra YAA Dato’ Setia Dr. bersama pegawai dan kakitangan JKSN Sembilan di Kompleks Mahkamah Syariah Sendayan.

Usaha mendapatkan tanah bagi pembinaan MRS Jempol yang baharu telah dimulakan pada tahun 2018 dan akhirnya, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak sejumlah RM6 juta bagi tujuan pembinaan Mahkamah tersebut dibawah Bajet Pembangunan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menzahirkan harapan agar projek pembinaan tersebut berjalan mengikut jadual dan ia dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2022.

Turut hadir di dalam lawatan tersebut adalah YAA Dato’ Abas bin Nordin (Ketua Hakim Syarie, JKSN Sembilan), YM Tuan Raja Norazli bin Raja Nordin (Yang diPertua Majlis Perbandaran Jempol), Tuan Supritendan Hoo Chang Hook (Ketua Polis Daerah Jempol) dan Tuan Wan Ghazali bin Wan Arman Syukur (Jurutera Daerah JKR Jempol).

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Week of Feb 6th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 5, 2024(1 event) February 6, 2024 February 7, 2024 February 8, 2024 February 9, 2024 February 10, 2024 February 11, 2024