LAWATAN KERJA JKSM KE PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

20 Januari 2022 | Satu lawatan kerja telah diadakan ke Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang diketuai oleh Tuan Ketua Pendaftar, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz bertempat di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Tuan Mohamad Kamil bin Nizam, Pengarah Bahagian e-Kehakiman bersama Tuan Muhammad Faizal bin Ismail, Timbalan Pendaftar Mahkamah.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan Sistem e-Filing, e-review dan Voice Recording to Text System (RVT) yang menggantikan Court Recording System (CRT) yang sedang diguna pakai di Mahkamah Persekutuan.

Semoga jalinan dan kerjasama erat ini akan terus utuh dan mampu menghasilkan sesuatu yang positif bagi memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Turut hadir di dalam lawatan kerja tersebut adalah Puan Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM), Tuan Mohd Razalan bin Kamal Pengarah Bahagian Teknologi dan Maklumat(BTMK), Puan Maria binti Jilani Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Puan Sofian binti Ahmad KPP Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod, (BPKR) dan Tuan Ghazali bin Ahmad KPP Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan JKSM (BPSMP).

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024