LAWATAN KERJA KE PERPUSTAKAAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

2 Jun 2022 – Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di Putrajaya. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Ghazali Ahmad, Ketua Penolong Pengarah BPSMP bersama empat orang pegawainya yang bertujuan melihat secara dekat pengunaan Sistem Perpustakaan Bersepadu yang dikenali sebagai KOHA secara lebih sistematik.

Dalam taklimat yang diberikan oleh Encik Fathi Asmawi, Penolong Pustakawan, beliau menyentuh mengenai pengunaan Sistem KOHA dan proses pendigitalan bahan bacaan dan rujukan yang mana bahan tersebut boleh dibuat carian dan paparan terus melalui Sistem KOHA.

Selain taklimat juga, penerangan mengenai proses pendigitalan bahan rujukan turut dikongsikan yang mana proses-proses digital itu termasuklah pendigitalan foto, bahan terbitan jabatan terutamanya bahan rujukan berstatus lama dan usang (bahan nadir). Pada kesempatan tersebut, pihak BPSMP juga berpeluang melihat proses sebenar teknik dan tatacara pendigitalan bahan rujukan dilaksanakan.

Peluang pengalaman yang telah diamalkan oleh pihak Perpustakaan Istana Kehakiman diharapkan dapat diadaptasi oleh BPSMP JKSM untuk mengorak langkah seterusnya dalam pengendalian bahan rujukan secara digital sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat di peringkat arus perdana.

Di akhir lawatan kedua-dua pihak bersetuju meneruskan kolaborasi ini dari semasa ke semasa dan sebagai tanda kenangan, pihak BPSMP dan Perpustakaan Istana Kehakiman masing-masing telah bertukar cenderahati.

Last Updated on June 2, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024