LAWATAN KERJA KE SAINS DATA CENTRE SARAWAK DAN MAHKAMAH TINGGI KUCHING BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT PELAKSANAAN ARTIFICIAL INTELLIGENT (AI) DAN COURT RECORDING SYSTEM (CRT)

13 Januari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak Information System (SAINS) bagi melihat dan mendengar taklimat pusat Data SAINS di Wisma Bapa Malaysia, Kuching Sarawak.

Pada sebelah petang, JKSM dan JKS Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke kompleks Mahkamah Kuching. Tujuan lawatan adalah bagi melihat pelaksanaan Artificial Intelligent (AI) dan Court Recording System (CRT).

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Y.A Tuan Azhahari Kamal Bin Ramli, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching, Y.A Dr. Haji Alwi Bin Haji Abdul Wahab, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuching, Y.A Datuk Hjh Zaleha Rose Bte Datuk Hj Pandin, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuching, Y.A Tn Alexander Siew How Wai, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuching, Tuan Steve Ritikos, Pengarah, Mahkamah Negeri Sarawak dan Hakim-Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuching,Sarawak.

Manakala rombongan daripada JKSM diketuai oleh YA Dato’ Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM dan turut disertai oleh YAA Datu Hj. Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak, YAA Datuk Mohd Nadzri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka yang juga ketua SME eSyariah, Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Najarudin Bin Nedri dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak. Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPP Seksyen Rayuan BPKR, KPP Seksyen Rekod, pegawai ICT JKSM dan wakil dari pihak SAINS Sarawak.

Hasil lawatan, delegasi dapat melihat dan mengetahui bagaimana pelaksanaan AI dan CRT di Mahkamah Tinggi Sarawak bagi implementasi di dalam eSyariah kelak.Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Sarawak atas layanan dan sambutan yang sangat baik.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024