LAWATAN KERJA KE TAPAK PROJEK MAHKAMAH SYARIAH DAERAH PAPAR, SABAH

24 Februari 2022: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Mahkamah Syariah Daerah Papar, Sabah.

Lawatan tersebut bertujuan melihat sendiri tapak projek yang dicadangkan selain bertujuan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah serta Majlis Daerah Papar.

Kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. telah disambut oleh Encik Ahmad Jaludin bin Abd Karim, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar dan Encik Azman bin Jamrin, Penolong Pengarah (Arkitek), Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah.

Untuk rekod, projek pembinaan Mahkamah Syariah Daerah Papar projek ini mula diluluskan peruntukan oleh EPU, JPM berjumlah RM18.5 juta dalam Rolling Plan Ke-3 RMKe-11 Tahun 2018.

Turut hadir dalam sesi lawatan adalah YA Datuk Jasri@Nasip bin Mat Jakir (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM) dan YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah).

Last Updated on Februari 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mei 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 1, 2023 Mei 2, 2023 Mei 3, 2023 Mei 4, 2023 Mei 5, 2023 Mei 6, 2023 Mei 7, 2023
Mei 8, 2023 Mei 9, 2023(2 events) Mei 10, 2023 Mei 11, 2023 Mei 12, 2023 Mei 13, 2023 Mei 14, 2023
Mei 15, 2023 Mei 16, 2023(1 event) Mei 17, 2023(1 event) Mei 18, 2023 Mei 19, 2023 Mei 20, 2023 Mei 21, 2023
Mei 22, 2023(1 event) Mei 23, 2023(1 event) Mei 24, 2023 Mei 25, 2023(1 event) Mei 26, 2023(1 event) Mei 27, 2023 Mei 28, 2023
Mei 29, 2023 Mei 30, 2023 Mei 31, 2023 Jun 1, 2023 Jun 2, 2023 Jun 3, 2023 Jun 4, 2023