LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH SIRI KEDUA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH KUDAT

Kudat, 9 November 2022 (Rabu)

_Burung Helang diberi makan_,

_Terbang melayang di atas awan_,

_Kepada Dato’ serta rombongan_,

_selamat datang kami ucapkan_,

_Jarum hilang di tengah jerami_,

_Kain kebaya di dalam peti_,

_Selamat datang ke tempat kami_,

_Moga bahagia tersemat di hati_

2 rangkap pantun ini telah dilontarkan kepada rombongan YAA Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar, KP/KHS JKSM sejurus tiba di perkarangan Bangunan Urusetia Daerah Kudat jam 3.00 petang.

Mahkamah Syariah Daerah Kudat menjadi satu-satunya destinasi pada hari Rabu dalam Siri 2 Lawatan Kerja YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM ke Pantai Barat Sabah selepas menempuh liku-liku perjalanan berbukit dan sempit sejauh 186km dari Kundasang yang memakan masa 3 jam.

Memulakan ucapan aluan oleh Puan Wahidah Siregar Arben Siregar, Ketua Pejabat / Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kudat dengan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kedatangan rombongan pada hari ini.

_”Kudat terdiri dari 86,410 orang penduduk dengan 58% darinua adalah orang islam. Mahkamah Syariah Daerah Kudat ditubuhkan pada tahun 1995 meliputi bidangkuasa bagi daerah Kudat, Pulau Banggi, Matunggong, Kota Marudu, Pitas dan Paitan”_ ujar Puan Wahidah ketika menyampaikan ucapan aluan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Daerah Kudat ditubuhkan pada tahun 2009 dengan kakitangan seramai 13 orang. Bangunan MSD Kudat kini menumpang di Bangunan Urusetia Kudat untuk pengoperasian mahkamah tanpa memiliki bangunan sendiri seterusnya menjadi kekangan kepada MSD Kudat bilamana orang awam masih boleh mengakses kawasan dewan bicara dan pejabat tanpa kawalan. Sementelah itu, MSD Kudat menyuarakan hasrat agar perancangan projek di daerah ini diutamakan dalam RP4 RMKe-12 Tahun 2024 memandangkan tapak sedia ada telah diwartakan seluas 1.05 ekar.

Selanjutnya YAA Dato’ Setia Dr dalam ucapan amanatnya telah mengingatkan semua warga kerja MSD Kudat untuk sentiasa menjaga nama baik Jabatan dengan kata-kata _”Saya perlukan warga kerja yang dapat memberi komitmen penuh kepada institusi Mahkamah Syariah, dengan memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan-pelanggan Mahkamah”_

Istimewa pada hari ini, satu kejutan telah dibuat kepada Ketua Pendaftar JKSNS, Puan Surayah Binti Ramlee bersempena tarikh kelahiran pada hari ini dengan pemberian kek daripada JKSN Sabah, dan MSD Kudat,

Selamat Hari Lahir Puan Surayah Ramlee, moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki!

Program berakhir dengan lawatan ke tapak cadangan Mahkamah Syariah daerah Kudat kira-kira 1.5km dari Bangunan Urusetia.

Last Updated on November 9, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024