LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH SIRI KEDUA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH RANAU

Ranau, 8 November 2022| Perkataan Ranau yang berasal daripada Ranahon membawa maksud ‘Sawah Padi’ diselusuri daripada pekerjaan utama masyarakat KadazanDusun yang ramai mendiami kawasan Ranau dengan mengusahakan tanaman padi bukit, manakala yang tinggal kawasan lembah Ranau, juga turut mengusahakan padi sawah yang dikenali dengan Ranahon. Begitu lah sedikit sebanyak sejarah asal usul Perkataan Ranau, yang menjadi daerah ke empat kunjungan oleh YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM dalam Siri Lawatan Kerja ke Pantai Barat Utara Negeri Sabah.

Bangunan kedai 2 tingkat di Pekan Ranau yang menjadi lokasi Mahkamah Syariah Daerah (MSD) Ranau merupakan struktur penting bagi agensi-agensi kerajaan di daerah tersebut.

Tuan Khairul Syarazeq Razali, Ketua Pejabat/Hakim Mahkamah Rendah Syariah daerah Ranau dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa daerah yang berkeluasan 3,622 kilometer persegi ini dihuni oleh penduduknya seramai 85,077 orang, sekaligus menjadikan institusi kehakiman ini amat signifikan dalam membantu serta mengurai permasalahan kekeluargaan yang timbul dalam kalangan masyarakat.

Perkara ini diambil maklum oleh YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM dengan menegaskan bahawa prinsip kerjasama sangat penting dalam mengoptimumkan peranan Mahkamah Syariah.

“Mahkamah Syariah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan keadilan kepada masyarakat setempat. Justeru, tidak salah sekiranya para pegawai atau kakitangan Mahkamah berhasrat untuk turun padang, terutamanya apabila masyarakat tidak mampu untuk sampai ke Mahkamah Syariah” ujar YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM dalam ucapan amanatnya kepada seluruh warga kerja MSD Ranau.

Untuk rekod, MSD Ranau mempunyai 7 orang pegawai dan staf yang terdiri daripada seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah, seorang pegawai sulh (Mohd Mawardiey Salleh), seorang penolong pendaftar (Mohd Rizal Salikin), 2 orang pembantu syariah (Jumat Ibrahim dan Rezyannie Junie), seorang penghantar notis (Juhari Usoh) Dan seorang pemandu jabatan (Alex Ronildoh Petrus).

Last Updated on November 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023