LAWATAN KERJA YAA KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH KE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH 2022

27-30 JUN 2022 (ISNIN – KHAMIS) | YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar bersama rombongan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang diketuai oleh YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah telah memulakan lawatan kerja Sesi 1 di Pantai Timur Sabah bermula di daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, seterusnya Semporna dan berakhir di daerah Tawau.

Antara tujuan lawatan ini diadakan bagi mengenal pasti isu dan masalah yang dihadapi oleh setiap warga Mahkamah Syariah di daerah Pantai Timur Sabah dengan lebih dekat. Menjalinkan hubungan silaturahmi antara pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan, lawatan tapak bagi perancangan pembangunan projek baharu dan mesyuarat berkaitan isu pewartaan tanah yang masih belum selesai.

Perjalanan melalui darat dari satu daerah ke daerah lain membuka mata dan kesedaran yang tinggi untuk dilalui bahawa betapa sukarnya pihak Mahkamah Syariah melauinya cabaran tersebut setiap hari. Kemudahan fasiliti bangunan yang belum sempurna dan berkongsi bangunan bersama agensi/jabatan lain membuatkan fungsi Mahkamah tersebut terjejas. Selain itu, isu berkaitan pengisian perjawatan, tiada kenderaan jabatan dan kelewatan projek yang telah diluluskan peruntukan lewat dimulakan.

Ini selaras dengan Perancangan RMKe-12 dalam RP4 Tahun 2024 yang akan mengenal pasti permohonan projek baharu di daerah-daerah di Negeri Sabah untuk pembangunan Mahkamah Syariah.

Hasil lawatan tersebut, YAA Dato’ Setia Dr memberi penekanan bahawa setiap aduan dan masalah yang diterima telah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak Pengurusan Jabatan dan berharap masalah tersebut dapat diatasi dengan segera dan mencari solusi sementara agar operasi mahkamah tidak terjejas dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam demi meningkatan imej Institusi Kehakiman Syariah Malaysia.

Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Setia Hajah Nik Roslini binti Raja Ismail merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil, JKSM, YA Tuan Samal bin Munji dan YA Tuan Nawawi bin Diman, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar, JKSN Sabah. Lawatan turut menjemput PBT Sabah berkaitan isu pewartaan tanah antaranya Pejabat Setiausaha Hasil Bumi yang diwakili oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof, Timbalan Setiausaha Hasil Bumi Sabah, wakil Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Lahad Datu dan Semporna dan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU).

Akhir sekali, YAA Dato’ Setia Dr merakamkan ucapan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pihak urus setia daripada JKSN Sabah dan JKSM kerana telah berjaya menjayakan program lawatan ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan untuk siri kedua bagi lokasi-lokasi di Pantai Barat Sabah serta Pendalaman Sabah.

Last Updated on Jun 27, 2022

Kalendar JKSM

Events in Ogos 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Ogos 1, 2022(1 event) Ogos 2, 2022 Ogos 3, 2022 Ogos 4, 2022 Ogos 5, 2022 Ogos 6, 2022 Ogos 7, 2022
Ogos 8, 2022 Ogos 9, 2022(1 event) Ogos 10, 2022(1 event) Ogos 11, 2022 Ogos 12, 2022(2 events) Ogos 13, 2022 Ogos 14, 2022
Ogos 15, 2022(1 event) Ogos 16, 2022 Ogos 17, 2022 Ogos 18, 2022 Ogos 19, 2022(1 event) Ogos 20, 2022 Ogos 21, 2022
Ogos 22, 2022(2 events) Ogos 23, 2022(2 events) Ogos 24, 2022(1 event) Ogos 25, 2022 Ogos 26, 2022(1 event) Ogos 27, 2022 Ogos 28, 2022
Ogos 29, 2022(1 event) Ogos 30, 2022(1 event) Ogos 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022