LAWATAN KERJA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

27 Januari 2022 | Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini berkesempatan mengadakan sesi lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Kehadiran YB Menteri telah disambut oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM), YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman (Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah) dan pegawai-pegawai kanan JKSN Sabah.

Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah berkaitan gerak kerja pembangunan projek bernilai RM67.86 juta yang telah siap sepenuhnya pada 22 Julai 2021.

YB Menteri di dalam ucapan ringkasnya telah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras dalam usaha menyiapkan kompleks mahkamah tersebut.

Dengan adanya kompleks Mahkamah Syariah yang serba lengkap ini, beliau percaya bahawa keyakinan masyarakat awam di luar sana terhadap kredibiliti mahkamah syariah akan bertambah, bukan sahaja kepada JKSN Sabah, malah kepada JKSN/MSN seluruh Malaysia.

Justeru YB Menteri turut menzahirkan harapan agar seluruh warga kerja JKSN/MSN sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha memartabatkan Sistem Perundangan Islam dan Pentadbiran Kehakiman Syariah Negara.

Untuk rekod, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah mempunyai 1 Dewan Mahkamah Rayuan, 2 Dewan Mahkamah Tinggi dan 3 Dewan Mahkamah Rendah yang dapat memberikan keselesaan kepada warga kerja dan pelanggan mahkamah.

Turut hadir di dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Dato Dr. Sirajuddin bin Suhaimee (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM), YBhg Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais (Pengarah JAKIM Sabah), Puan Narima Hanim binti Zainal Abidin (Arkitek Penguasa Kanan JKR Malaysia) dan Tuan Haji Kamaluddin Haji Awang Abas (Timbalan Pengarah Sektor Bangunan JKR Sabah).

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 30, 2022(1 event) May 31, 2022(1 event) June 1, 2022(1 event) June 2, 2022 June 3, 2022(1 event) June 4, 2022 June 5, 2022
June 6, 2022 June 7, 2022 June 8, 2022 June 9, 2022 June 10, 2022(1 event) June 11, 2022 June 12, 2022
June 13, 2022 June 14, 2022(2 events) June 15, 2022 June 16, 2022 June 17, 2022(1 event) June 18, 2022 June 19, 2022
June 20, 2022(1 event) June 21, 2022(1 event) June 22, 2022(1 event) June 23, 2022(1 event) June 24, 2022(1 event) June 25, 2022 June 26, 2022
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022