LAWATAN KUNJUNG HORMAT KE JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

19 Januari 2022 | Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara Malaysia bertempat Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Warisan.

Ketibaan delegasi JKSM telah disambut sendiri oleh YBhg. Tuan Jaafar Sidek bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia bersama Puan Norsuriaty Awang Hassim, Ketua Seksyen Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa.

Kunjung hormat yang diadakan hari ini bertujuan meneruskan hubungan baik antara dua pihak serta membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan rekod di JKSM termasuk perancangan untuk merekodkan sejarah JKSM dalam bentuk buku dan penulisan serta menambahbaik Galeri Kehakiman Syariah.

Selain itu, sesi perbincangan turut menjurus kepada kaedah penyimpanan dan pelupusan rekod elektronik selain perbincangan berkaitan pelaksanaan Inspektorat pengurusan rekod dalaman (DIY) di JKSM/JKSN dan MSN bagi memastikan segala pengurusan rekod adalah sistematik dan teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menyuarakan hasrat agar perjawatan Penolong Pegawai Arkib Gred S29 di JKSM dapat diisi dengan kadar segera memandangkan banyak program dan aktiviti pengurusan rekod yang memerlukan kepakaran dari Pegawai dan kakitangan Arkib termasuklah Inspektorat Pengurusan Rekod Jabatan yang memerlukan auditor bertauliah dari Arkib Negara Malaysia.

Semoga jalinan kerjasama erat antara JKSM dan Arkib Negara ini akan terus utuh dan mampu menghasilkan sesuatu yang positif bagi memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Turut hadir di dalam kunjungan tersebut adalah Puan Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM), Tuan Abu Sufian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetian & Rekod (BPKR) JKSM), Puan Sofian binti Ahmad (KPP BPKR JKSM) dan Puan Nurhidayah binti Zulkipli (Pembantu Syariah, BPKR JKSM).

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023