LAWATAN MENGEJUT KE JABATAN BANTUAN GUAMAN NEGERI SABAH

17 Februari 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah membuat lawatan mengejut ke Jabatan Bantuan Guaman Sabah.

Lawatan tersebut dibuat sejurus selepas YAA Dato’ Setia Dr. selesai mempengerusikan Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah di Kompleks Mahkamah Sivil pada sebelah pagi.

Kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. telah disambut oleh Pengarah JBG Sabah, Puan Safiyatun binti Ahmadun bersama Ketua Unit Syariah, Puan Taherah Bt. Tahir serta kakitangan JBG yang lain.

YAA Dato’ Setia Dr. sempat menitipkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kaitangan di atas khidmat dan bantuan kemasyarakatan termasuk membantu pihak mahkamah bagi mengendalikan kes dengan adil dan saksama.

YAA Dato Setia turut memberikan taujihat kepada mereka agar terus melaksanakan amanah sebagai seorang peguam syarie JBG dengan sebaik baiknya.

Turut hadir bersama YAA Dato’ Setia Dr. adalah Tuan Muhamad Yusro bin Borhan Nordin, Ketua Penolong Pengarah, BPKR JKSM dan Tuan Mohd Amir bin Hj. Ariffin@Mohd Riffin, Pendaftar JKSN Sabah.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024