LAWATAN MENGEJUT KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

11 Mac 2022: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah membuat lawatan mengejut ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lawatan tersebut dibuat susulan keberadaan YAA Dato’ Setia Dr. di Pulau Pinang bagi menghadiri Mesyuarat Khas Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM yang berlangsung pada pada 10 hingga 12 Mac 2022.

Kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. telah disambut oleh YAA Dato’ Muhamad Abdul Karim Bin Wahab, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang, Tuan Mohd Najmuddin Mustafa, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya, serta staf dan kakitangan Mahkamah ini.

Pada masa yang sama YAA Dato’ Setia berkesempatan mendengar penerangan ringkas berkaitan gerak kerja pengendalian kes selain berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada pegawai dan kakitangan di sana.

Turut hadir bersama, Puan Hasniah Hassan, Ketua Pendaftar JKSNPP, Tuan Mohamad Shahidan Abdul Ghapar, KPP Bahagian Latihan, JKSM dan Tn Abdul Fattah Dato’ Kamarudin, Pegawai Khas KP/KHS JKSM.

Last Updated on March 11, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah