LAWATAN MENGEJUT YAA KP/KHS JKSM KE SEKSYEN PENGURUSAN KES MSWP KUALA LUMPUR

7 Februari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah membuat lawatan mengejut ke Seksyen Pengurusan Kes Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lawatan dibuat sejurus selepas beliau selesai mempengerusikan sidang rayuan di sana bagi melihat secara lebih dekat berkaitan pelaksanaan penyusunan semula seksyen tersebut yang mula beroperasi pada 17 Januari 2022 yang lalu.

YAA Dato’ Setia Dr. bersama Pendaftar, MSWP Tuan Rosdi Hanapi telah dibawa melihat sendiri perjalanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan tertubuhnya unit-unit baharu iaitu unit Pendaftaran Kes, Unit Pengurusan kes, Unit Wakalah & Dokumentasi, Unit Perintah dan Unit Penghantar Notis.

Penyusunan semula pengurusan kes ini dilihat memberi impak besar kepada penggunaan kakitangan sedia ada yang optimum sekaligus dapat melancarkan urusan yang melibatkan pendaftaran kes dan lain-lain urusan lebih tersusun dan penyampaian perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menzahirkan rasa puashati dengan perjalanan perkhidmatan oleh MSWP dan mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada pihak YAA Tuan Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie MSWP di atas pelaksanaan inisiatif yang berimpak tinggi kepada pelanggan.

Turut mengiringi YAA Dato’ Setia Dr. dalam lawatan tersebut adalah Tuan Ahmad Faizul, Ketua Unit Pendaftaran Kes dan juga Puan Syafarina selaku Ketua Unit Rayuan & Faraid.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022