LAWATAN RASMI KE TAPAK PEMBINAAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH PAHANG

23 Disember 2020: YAA. Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak pembinaan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pahang yang terletak di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lawatan ini bertujuan melihat perkembangan terkini projek yang bernilai RM34 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada 19 April 2021.

Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Hj. Abu Bakar bin Md. Sidek, Pengarah Kanan Projek sebelum semua delegasi di bawa meninjau ke seluruh kawasan kompleks tersebut.

Antara yang turut hadir di dalam lawatan tersebut adalah YAA Dato’ Sri Abdul Rahman bin Md Yunus (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang), Dato’ Noorzila binti Manaf (Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Pahang) dan Ir. Hafizah binti Zakaria (Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang).

Moga dengan wujudnya kompleks baru yang tersergam indah dan serba lengkap ini dapat memberi keselesaan kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan pelanggan mahkamah syariah kelak.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024