LAWATAN RASMI KE TAPAK PEMBINAAN KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH PAHANG

31 Mac 2021: Delegasi JKSM yang diketuai oleh YAA. Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan lawatan rasmi ke tapak pembinaan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Pahang yang terletak di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Lawatan yang turut disertai oleh YAA Dato’ Sri Abdul Rahman bin Md Yunus (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang), Ketua Pendaftar JKSM dan Pengarah Kanan Pengurusan JKSM bertujuan melihat perkembangan terkini projek yang bernilai RM34 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April tahun ini.

Sebelum memulakan lawatan tapak, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Hj. Abu Bakar bin Md. Sidek, Pengarah Kanan Projek di mana tahap kemajuan projek adalah sebanyak 95.03%.

Diharapkan agar kerja-kerja akhir pembinaan kompleks ini dapat disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan bagi memberi keselesaan kepada warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang dan pelanggan mahkamah syariah yang berurusan kelak.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024