LAWATAN TAPAK CADANGAN AKADEMI KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (AKSM) DI KEM PERMATA RESORT, ALOR GAJAH, MELAKA

4 Februari 2022 | Delegasi JKSM yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan melawat ke Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka bagi melihat sendiri kesesuaian untuk dijadikan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AkSM).

Kehadiran delegasi JKSM telah disambut sendiri oleh pemilik kem tersebut, Datuk Haji Hasbullah bin Haji Wa Daud yang berhasrat untuk menjual kem itu bersama kemudahan yang sedia ada.

Terdahulu, delegasi JKSM telah diberi taklimat ringkas berkaitan sejarah kem tersebut serta kemudahan yang disediakan di sana antaranya dewan terbuka, dewan tertutup, bilik seminar dan tempat penginapan.

Untuk rekod, kem tersebut mempunyai keluasan keseluruhan seluas 30 ekar dan mempunyai 12 tempat penginapan yang mampu menempatkan 1200 orang dalam satu masa.

Selain itu, kem tersebut mempunyai 4 dewan tertutup dan 1 dewan terbuka yang sesuai dengan pelbagai aktiviti selain surau yang luas dan selesa yang mampu menempatkan 800 orang jemaah.

Turut hadir di dalam lawatan tersebut adalah Pengarah BPKR JKSM, pengarah Bahagian Latihan JKSM, Wakil BKPSM dan Wakil BTMK JKSM.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024