LAWATAN TAPAK PROJEK KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

16 Februari 2021: YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM petang ini berkesempatan meninjau tapak projek Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah.

YAA Dato’ Setia Dr. ditemani oleh YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah dan Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar JKSN Sabah dan mereka di bawa melawat ke kawasan sekitar projek oleh pihak kontraktor bagi melihat kemajuan kerja-kerja penyiapan dalam dan luar kompleks.

Sejurus selepas lawatan, YAA Dato Setia Dr. turut menghadiri mesyuarat taklimat kemajuan pembinaan kompleks tersebut bersama pihak kontraktor dan JKR Malaysia di Bilik Mesyuarat JKSN Sabah Tingkat 6 Wisma MUIS.

Mesyuarat tersebut yang turut diadakan secara dalam talian melalui aplikasi google meet bagi membincangkan tahap kemajuan projek yang kini mencapai 96.53 peratus yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2021.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023 March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023 March 31, 2023 April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023 April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023 April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023 April 14, 2023 April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023 April 19, 2023 April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023