LIVE ANALISIS: ‘KEMELUT PENJAGAAN ANAK SELEPAS PERCERAIAN’

27 Julai 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM telah diundang sebagai salah seorang panel forum bertajuk ‘Kemelut Penjagaan Anak Selepas Perceraian’ anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

Forum tersebut turut disertai oleh seorang lagi ahli panel iaitu YBhg. Prof Dr. Najibah binti Mohd Zin, Pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa (UIA); serta Puan Mursyidatun Adilah binti Mohd Nasar’, Peguam Syarie IKRAM Legal selaku moderator.

Sepanjang sesi forum tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. telah berkesempatan mengupas isu-isu seperti prosedur penentuan hak penjagaan anak dan masalah-masalah yang biasa berlaku di mahkamah dalam menentukan hak penjagaan anak selepas perceraian.

YAA Dato’ Setia Dr. juga turut menekan bahawa pihak mahkamah sentiasa memastikan aspek kebajikan kanak-kanak menjadi asas keutamaan dalam pertimbangan hakim memutuskan kes hadhanah selaras dengan Seksyen 86 Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan akta itu juga, pihak yang mendapat hak jagaan anak tersebut hendaklah memberikan jagaan dan kasih sayang yang secukupnya kepada kanak-kanak itu dan memastikan tempat tinggal kanak-kanak tersebut tidak memberi kesan buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Forum yang ditayangkan secara langsung di TV IKRAM dan Facebook rasmi IKRAM tersebut berlangsung selama dua jam dari 8.30 malam hingga 10.30 malam.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Last Updated on July 27, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023
February 6, 2023 February 7, 2023(1 event) February 8, 2023 February 9, 2023(1 event) February 10, 2023(1 event) February 11, 2023 February 12, 2023
February 13, 2023(1 event) February 14, 2023(1 event) February 15, 2023 February 16, 2023 February 17, 2023 February 18, 2023 February 19, 2023
February 20, 2023(1 event) February 21, 2023(1 event) February 22, 2023(1 event) February 23, 2023 February 24, 2023 February 25, 2023 February 26, 2023
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023