MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2021

4 Januari 2020: Satu Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah diadakan pada hari ini secara atas talian menggunakan Cisco Webex sebagai program pembuka tirai tahun 2021.

Amanat yang disampaikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi JKSM dan disertai oleh warga kerja JKSM/JKSN/MSN dan Pegawai-pegawai syariah Kader di seluruh Malaysia.

Antara intipati amanat adalah dengan mengimbau kembali kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2020 walaupun seluruh dunia dilanda wabak Covid-19 seperti kejayaan penganjuran Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020, siri Kelas Tafaqquh Fiddin online bersama Al-Fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil dan siri ‘Legal Clinic Literasi Undang-undang’.

Kita juga telah berjaya memanfaatkan teknologi dan platform-platform atas talian dalam pelaksanaan program/aktiviti Jabatan dan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh MAMPU, JKSM merupakan agensi di kedudukan ke-4 yang aktif menggunakan aplikasi Skype for Business dalam tempoh PKP.

Selain itu, Jabatan juga telah berjaya mengadakan tiga siri ceramah khas dengan menjemput beberapa orang pakar kehakiman dan perundangan dari Indonesia, Singapura dan Australia bagi berkongsi pengalaman masing-masing khususnya dalam menyampaikan perkhidmatan mereka dalam tempoh pandemik.

Bagi tahun 2021 pula, YAA Dato’ Setia Dr. menyeru agar semua warga kerja JKSM untuk lebih kreatif dan inovatif dan berani melaksanakan kaedah-kaedah baru dalam mengurus, membangun dan mentadbir sistem kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Jabatan juga telah merangka Pelan Strategik JKSM 2021-2025 bagi memandu dan memacu kecemerlangan sedia ada di mana Pelan Strategik ini menggariskan empat (4) teras strategik utama yang mengandungi tiga belas (13) strategi untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dan melalui pelan strategik ini, JKSM berhasrat untuk menjadi sebuah Organisasi Kehakiman Awam Bertaraf Dunia menjelang akhir 2025 dan memberi khidmat terbaik demi kepentingan negara.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berharap agar usaha-usaha dalam memperkasakan kehakiman Syariah akan diteruskan seperti pewujudan satu lagi hierarki Mahkamah Syariah, penggubalan Akta Mahkamah Syariah, peningkatan status dan emolumen Hakim Syarie, pindaan undang-undang untuk pendengaran prosiding mahkamah secara online dan pengasingan kuasa kehakiman – eksekutif.

Dalam meningkatkan peranan JKSM di arena antarabangsa, pada tahun ini akan dianjurkan Persidangan Kehakiman Antarabangsa 2021 yang akan diurusetiakan oleh BPKR dan International Conference on Family Law, Family Justice and Maqasid al Shariah 2021 (ICFL 2021) yang diurusetiakan oleh BSK.

Di akhir amanat, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar seluruh warga JKSM/JKSN/MSN agar dapat memperkukuhkan ukhuwah, memantapkan ekosistem yang produktif, membudayakan inovasi, dan terus berdoa agar kita diberikan kekuatan dan keupayaan serta dapat menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dalam mempertingkatkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024