MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2022

7 Januari 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pagi ini telah menganjurkan Majlis Amanat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Tahun 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut.

Majlis amanat yang bermula jam 9.00 pagi ini turut diadakan secara dalam talian melibatkan penyertaan seluruh staf warga JKSM termasuk di JKSN/MSN.

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM memulakan amanat dengan merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga kerja jabatan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan segala program dan aktiviti sepanjang tahun 2021.

YAA Dato’ Setia Dr. turut mengimbas kembali kejayaan yang dicapai sepanjang tahun 2021 termasuklah program berskala besar seperti International Conference on Family Law (ICFL 2021), Seminar Perundangan dan Kehakiman Syariah Wanita Nusantara (SPKWSN 2021) dan Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Antarabangsa (PKA 2021).

Selain itu, tahun 2021 turut menyaksikan penyelesaian kes-kes rayuan oleh barisan panel Hakim-hakim Rayuan Syariah JKSM sebanyak 396 kes dimana jumlah tersebut telah melebihi sasaran KPI yang ditetapkan iaitu sebanyak 300 kes.

Bagi tahun 2022, pelbagai program berimpak tinggi dirancang antaranya penganjuran Konvensyen Antarabangsa Penyelesaian Pertikaian Secara Alternatif (ADR) yang bakal dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor serta Program “Bicara Fail Syariah” yang merupakan kolaborasi bersama TV al-Hijrah bagi membincangkan persoalan berkaitan dengan perkara-perkara Undang-undang substantif, prosedur dan keterangan bagi pencerahan pada masyarakat awam di luar sana.

Di akhir amanat, YAA Dato’ Setia Dr. menyeru seluruh warga kerja JKSM untuk terus bekerja secara bersama selain memantapkan ekosistem kerja yang produktif bagi menyempurnakan segala amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dalam mempertingkatkan sistem kehakiman dan perundangan Syariah di negara ini.

Semoga tahun 2022 ini akan melakarkan lebih banyak kegemilangan buat JKSM sebagai agensi peneraju dalam menyeragam dan menyelaras Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah di Malaysia.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in Disember 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) Disember 1, 2022(1 event) Disember 2, 2022(1 event) Disember 3, 2022 Disember 4, 2022
Disember 5, 2022 Disember 6, 2022(1 event) Disember 7, 2022 Disember 8, 2022(2 events) Disember 9, 2022(1 event) Disember 10, 2022 Disember 11, 2022
Disember 12, 2022(2 events) Disember 13, 2022(2 events) Disember 14, 2022 Disember 15, 2022 Disember 16, 2022 Disember 17, 2022 Disember 18, 2022
Disember 19, 2022(1 event) Disember 20, 2022 Disember 21, 2022 Disember 22, 2022 Disember 23, 2022 Disember 24, 2022 Disember 25, 2022
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023