MAJLIS AMANAT YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI

25 Januari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini telah berkesempatan hadir ke Majlis Amanat YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Teater ICU Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, putrajaya.

Majlis amanat ini merupakan pertemuan pertama YAB Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Jabatan/agensi di bawah JPM sejak beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Di dalam ucapannya hari ini, beliau terlebih dahulu merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja JPM atas khidmat cemerlang yang diberikan sepanjang tahun 2021 yang lalu.

Beliau turut mengharapkan kerjasama semua pihak dalam melaksanakan semua dasar dan perancangan dengan baik agar manfaatnya dapat dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.

Di akhir amanat, YAB PM turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja JPM atas sumbangan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan misi sukarelawan pasca banjir ke kawasan yang teruk terjejas baru-baru ini.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024