MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA NISFU SYAABAN

17 Mac 2022 (KHAMIS) – Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) bersama Kelab Kebajikan & Sukan (KKS) JKSM malam ini telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena malam Nisfu Syaaban yang dipimpin oleh Dr. Zainal Abidin bin Kusmin.
 
Majlis malam ini diserikan dengan kehadiran YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, YA Dato’ Hj. Amran bin Mat Zain (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM merangkap Pengerusi KKS JKSM), YAA Tuan Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor (Ketua Hakim Syarie Perak), Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Presiden PPSM) dan para pegawai dan kakitangan di JKSM/JKSN/MSN/ Kader.
 
YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan PPSM dan KKS JKSM atas penganjuran majlis bacaan yasin dan tahlil pada malam ini dan beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga kerja JKSM/JKSN/MSN/Kader seluruh Malaysia yang sudi meluangkan masa di dalam majlis kali ini.
 
YAA Dato’ Setia Dr. turut mendoakan agar seluruh warga kerja JKSM/JKSN/MSN/Kader serta keluarga sentiasa diberikan rahmat dan perlindungan oleh Allah SWT khususnya terlindung dari dijangkiti daripada wabak COVID-19 yang melanda negara hari ini.
 
Beliau turut mengharapkan agar pada masa akan datang, lebih ramai warga kerja JKSM/JKSN/MSN/Kader dapat bersama-sama menyertai program yang dianjurkan oleh PPSM dan KKS JKSM bagi merapatkan ukhuwah antara kita semua.
 
Untuk rekod, majlis malam ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh PPSM setelah pelantikan barisan kepimpinan dan exco persatuan tersebut pada 16 Februari 2022.
 

Last Updated on March 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024