MAJLIS ‘HI TEA’ DI KEDUTAAN BELGIUM

7 Februari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie hari ini telah dijemput sebagai tetamu khas di dalam satu Majlis _Hi Tea_ bertempat di Kedutaan Belgium, Kuala Lumpur.

Sesi khas ini diatur khusus oleh Duta Belgium, HE Pascal Grégoire (Duta Besar Belgium ke Malaysia) bagi memberi peluang kepada duta-duta dari Kesatuan Eropah (EU) untuk mendengar taklimat ringkas oleh YAA Dato’ Setia Dr. berkaitan Sistem Perundangan dan Kehakiman Syariah yang diamalkan di Malaysia.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 16 orang duta-duta daripada pelbagai negara di Eropah antaranya HE Nineta Barbulescu, (Ambassador of Romania), HE Morten Paulsen (Ambassador of Norway), HE Milan Hupcej (Ambassador of Czech Republic), HE Ivan Velimir Starcevic (Ambassador of Croatia), HE Peter Blomeyer (Ambassador of Germany), HE Aart Jacobi (Ambassador of Netherlands), HE Roland Galharague (Ambassador of France), HE Sami Leino (Ambassador of Finland), HE José Miguel Lafuente (Ambassador of Spain), HE Hilary Reilly (Ambassador of Ireland), HE Andreas Launer (Ambassador of Austria), HE Dr Petra Pana (Ambassador of Hungary), HE Michail Rokas (Ambassador EUDEL) dan HE Krzyztof Debnicki (Ambassador of Poland).

Kesempatan ini diambil oleh YAA Dato’ Dr. bagi menerangkan tentang sistem perundangan di Malaysia yang melibatkan dua sistem perundangan iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang sejarah penubuhan, fungsi dan peranan JKSM dalam menyelaras dan menyeragamkan Sistem Perundangan dan Kehakiman Syariah di Malaysia serta usaha-usaha yang dijalankan oleh JKSM termasuklah pengendalian kes rayuan syariah.

Untuk rekod, HE Pascal Hubert Grégoire telah mengadakan kunjungan ke pejabat YAA Dato’ Setia Dr. pada 8 Disember 2021 yang lalu dan beliau juga merupakan Dean atau Ketua bagi Duta-Duta dari Eropah.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jun 4th

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 30, 2022(1 event) Mei 31, 2022(1 event) Jun 1, 2022(1 event) Jun 2, 2022 Jun 3, 2022(1 event) Jun 4, 2022 Jun 5, 2022