MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN TAHLIL 1443H

22 April 2022 | Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil JKSM pagi ini telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya.

Majlis yang bermula jam 9.00 ini disertai oleh warga JKSM daripada semua bahagian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengerusi KKS, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JKSM, YBhg Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan khatam Al-Quran dan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Anas serta Ustaz Assyarif.

Majlis hari ini juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam empat pertandingan yang dianjurkan sepanjang ramadhan tahun ini.

Antara pertandingan yang dianjurkan adalah Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Mencipta Teks Doa, Pertandingan Selawat Nabi dan Pertandingan Hafazan Al-Quran.

Last Updated on April 22, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024