MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA KE-36

20 Mac 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah dijemput sebagai salah seorang tetamu kehormat di dalam Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kali ke-36.
 
Majlis konvokesyen yang merupakan sesi terakhir (sesi ke-16) ini diadakan di IIUM Cultural Centre melibatkan para pelajar pasca siswzah Diploma Pentadbiran Kehakiman Syariah (DAIJ) dan Diploma Amalan Guaman Syariah di mana YAA Dato’ Setia Dr. merupakan salah seorang tenaga pengajar di dalam program tersebut.
 
Antara tetamu kehormat yang turut hadir pada hari ini adalah Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak (Rector IIUM), Prof. Dr. Ahmad Faris Ismail (Chairman Convocation), Assoc. Prof. Dr. Zulkifli Hassan, Deputy Rector (Student Development & Community Engagement) dan Dr Linamalini Mat Nafi, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), KIAS.
 
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan diharapkan agar mereka dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi dalam membantu masyarakat di luar sana khususnya di dalam bidang kehakiman syariah.
 
Untuk rekod, YAA Dato’ Setia Dr. turut berkesempatan hadir ke Majlis Konvokesyen anakanda beliau, Taqiyyuddin Ahmad yang menamatkan pengajian di dalam bidang Perakaunan di dalam sesi ke-15 yang telah diadakan pada sebelah pagi.
 

Last Updated on March 20, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Putrajaya
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor