MAJLIS LAWATAN “WALKABOUT” DAN TAUSIYAH, YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA), YB SENATOR DATUK HAJI IDRIS BIN HJ. AHMAD KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

25 April 2022 | YB Senator Datuk Haji Idris bin Hj. Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Petang ini berkesempatan untuk mengadakan lawatan “Walkabout” dan Tausiyah ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Lawatan ini adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet Bil 5/2022, di mana YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan lawatan “Walkabout” dan Tausiyah ke setiap bahagian di Agensi-Agensi JPM HEA.

Program pada petang ini telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Lawatan YBM ini telah disambut oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, selaku tuan rumah pada sesi “walkabout” & Tausiyah pada kali ini.

Pada sesi pengenalan, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar telah memperkenalkan latarbelakang jabatan dan Bahagian-bahagian serta pengoperasiannya. Bagi sesi kali ini hanya dua (2) bahagian daripada tujuh (7) bahagian di JKSM yang telah diberi peluang untuk membentangkan fungsi-fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian tersebut. Seusai perbentengan daripada bahagian-bahagian, telah diadakan sesi soal jawab bersama YBM.

Pada sesi tausiyah pula, YB Senator Datuk Haji Idris bin Hj. Ahmad telah mengajak agar semua pihak agar mengurangkan sifat mazmumah yang berakar dalam diri seperti perasaan dengki, mengata, mengandu domba dan sebagainya kerana sifat-sifat seumpama ini boleh menyebabkan perpecahan kepada organisasi malah boleh menumbangkan sebuah negara. YBM juga memperingatkan agar tak perlu memperbesarkan polimik khilaf atau perselisihan dikalangan kita hingga timbul kekeliruan dan kecelaruan, bahkan ia boleh menampakkan ketidakstabilan dalam pemerintahan kerajaan.

Di akhir ucapan YB Senator Datuk Haji Idris bin Hj. Ahmad, beliau menyeru agar dapat kita memperkasakan Syariah dalam kehidupan. Tanpa mengira fahaman politik sekalipun malah kita perlu untuk duduk semeja untuk bincangkannya demi ketinggian syariah Islam di Bumi Malaysia tercinta ini. Program di tangguhkan pada jam 4.15 petang dengan sesi penyampaian cenderahati daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia kepada YB Senetaor Menteri oleh YAA Dato’ Setia Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Diharap dengan lawatan pada sesi kali ini dapat memberi pencerahan dan penjelasan lebih dekat kepada YB Senator Datuk Haji Idris bin Hj. Ahmad, tentang fungsi dan peranan penting yang dimainkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Berita | Foto: UKK JKSM

Last Updated on April 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023