MAJLIS PELANCARAN DAN PELEPASAN SKUAD MUSAADAH AGENSI-AGENSI DI BAWAH YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

22 Disember 2022 | YA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Haji Mat Zain, Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah berkesempatan mewakili JKSM pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Skuad Musaadah Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi ini di perkarangan lobi utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Di JPM HEA, YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Bin Mokhtar akan diselaraskan menerusi JAKIM selaku Agensi Utama Penyelaras Skuad Musa’adah Agensi-Agensi Agama untuk mengurusetiakan dan menyusun pemberian bantuan kepada masyarakat yang terjejas dengan bencana banjir di seluruh Malaysia.

Pada sesi bantuan kali ini, JKSM dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah diamanahkan untuk mengelolakan bantuan kerohanian dan kaunseling kepada mangsa-mangsa yang terjejas, dan dijangka bertolak ke lokasi-lokasi terjejas di Terengganu dan Kelantan pada 27 hingga 28 Disember ini.

Untuk rekod, JKSM pernah terlibat dalam misi bantuan banjir di Selangor dan Pahang pada akhir tahun 2021 dan mempunyai pasukan khas bantuan banjir yang diselia sendiri oleh YA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Mat Zain selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM.

Last Updated on December 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024