MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT MELAYU PERAK, HAKIM MAHKAMAH UTAMA SYARIAH NEGERI PERAK, AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERAK & KETUA PENDAKWA SYARIE NEGERI PERAK

12 Januari 2021: DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah hari ini telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak kepada YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar yang juga merupakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak turut menyaksikan penyampaian Watikah Perlantikan Anggota Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak.

Untuk rekod, Negeri Perak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah yang merupakan hierarki tertinggi mahkamah syariah bagi mendengar kes-kes Rayuan & Semakan Syariah dari Mahkamah Rayuan Syariah Perak dan YAA Dato’ Setia Dr. antara Hakim Mahkamah Utama yg pertama dilantik dalam sejarah Kehakiman Syariah Perak dan di Malaysia selain Tan Sri Zulkifli Makinuddin dan Dato’ Asa’ari Mohd Yazid.

Sejurus selepas selesai majlis, YAA Dato Setia Dr turut diberikan penghormatan dengan dijemput untuk sama-sama bersantap bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Istana Kinta, Perak.

Majlis selesai sepenuhnya jam 12.30 tengahari

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024