MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH DAN PENGHARGAAN AHLI DILANTIK JAWATANKUASA BAWAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA

15 September 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah dan Penghargaan Ahli Dilantik Jawatankuasa Bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Ahli Dilantik Jawatankuasa Bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) beserta sijil penghargaan.

Tan Sri Zaharah Ibrahim telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ini.

Selangor Royal Office dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya memaklumkan, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-259 bersidang pada 30 Jun memperkenankan perlantikan berkuat kuasa 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024.

Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan ini dinaik taraf daripada Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang ditubuhkan oleh MKI pada 6 Mei 1988 antara lain bertujuan membincangkan penyeragaman undang-undang syariah dan pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah di Malaysia.

Last Updated on September 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024