MAJLIS PENUTUP IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022

4 NOVEMBER, ILSAS | YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah bersama-sama di dalam Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia yang bertempat di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Kajang, Selangor.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung selama 5 hari dengan tumpuan kawasan di Sport Arena, ILSAS, padang bola ILSAS serta Dewan Badminton ILSAS telah disertai oleh 21 Pasukan yang terdiri daripada 14 agensi-agensi agama persekutuan dan selebihnya daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri yang bergabung Jabatan Agama Islam negeri-negeri seluruh Malaysia.

Seramai 1875 jumlah atlet yang terlibat dengan pecahan lelaki seramai 1224 orang, manakala 651 orang bagi atlet wanita yang bertanding merebut 8 pingat emas yang ditawarkan menerusi sukan Bola Sepak, Bola Tampar Lelaki dan perempuan, Bola Jaring, Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong dan Bowling.

Kontinjen Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada edisi kali ini dengan catatan 2 emas, 2 perak, 1 gangsa, manakala JKSM di tempat ke-6 dan menjadi satu-satunya agensi agama peringkat persekutuan yang merangkul emas dalam kejohanan ini, tahniah JKSM!!.

Ucapan Majlis Penutup ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM selepas menyaksikan kemeriahan perarakan 21 buah kontinjen mengelilingi padang bola ILSAS sebagai simbolik penutupan kali ini.

Untuk rekod, kejohanan ini telah ditetapkan secara tahunan dengan tuan rumah bagi tahun 2023 adalah Sabah Negeri Dibawah Bayu

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024