MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN SULH-MEDIASI DAN PELANCARAN SKUAD SULH

๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด | Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod , JKSM pada hari ini telah menganjurkan ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐—ต-๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐—ต dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA .

Majlis ini telah dirasmi Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Yang Berhormat Menteri dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertindak sebagai penganjur bersama majlis pada kali ini.

Kaedah sulh dan mediasi yang ditunjangi prinsip-prinsip kerahsiaan, tidak berpihak dan sukarela semakin mendapat tempat dalam masyarakat hari ini. Umum mengetahui bahawa sulh dan mediasi memberikan kelebihan dan ruang kepada pihak-pihak berkonflik meneroka jalan penyelesaian bersama. Berbeza dengan kaedah adversarial di mahkamah, kaedah ini mengutamakan toleransi pihak- pihak dan disesuaikan dengan penyelesaian yang meraikan profiling pihak-pihak (personalized resolution) yang terlibat dalam suatu konflik.

Sewaktu Majlis ini Yang Berhormat Menteri telah melancarkan ๐™Ž๐™ ๐™ช๐™–๐™™ ๐™Ž๐™ช๐™ก๐™. Inisiatif Skuad Sulh adalah inisiatif advokasi JKSM dalam menyebar luas literasi Sulh kepada masyarakat dengan merangka, merancang dan melaksanakan program2 kemasyarakatan dengan kolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA). Pendekatan literasi dan advokasi Sulh ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam membentuk masyarakat madani yang merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat menghormati membina masa hadapan.

Untuk maklumat, Skuad Sulh ini juga akan berkolabrasi bersama institut pengajian tinggi awam(IPTA) dalam mempertingkatkan keupayaan rakyat dengan ilmu dan kemahiran menyelesaikan konflik agar perpaduan dikekalkan.

Majlis ini juga diserikan juga dengan dengan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi kepada ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿต๐Ÿต ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด peserta dengan peruntukan geran dari KPT-Space USIM yang telah berjaya menamatkan Kursus Sulh-Mediasi bermula September sehingga Disember 2022. Modul Sulh-Mediasi ini dibangunkan sendiri oleh JKSM dan USIM yang diketua oleh Dr Hendun inti Abd Rahman Shah dari USIMdan Datin Siti Maszuriyati Bt Aziz dari Seksyen Sulh, BPKR JKSM dengan dibantu oleh beberapa orang Pensyarah Fakulti Syariah Undang-Undang.

Last Updated on February 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in September 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 26, 2024 August 27, 2024 August 28, 2024 August 29, 2024 August 30, 2024 August 31, 2024 September 1, 2024
September 2, 2024(3 events) September 3, 2024 September 4, 2024 September 5, 2024 September 6, 2024(1 event) September 7, 2024 September 8, 2024
September 9, 2024(2 events) September 10, 2024 September 11, 2024 September 12, 2024 September 13, 2024 September 14, 2024 September 15, 2024
September 16, 2024 September 17, 2024 September 18, 2024 September 19, 2024 September 20, 2024 September 21, 2024 September 22, 2024
September 23, 2024(1 event) September 24, 2024(1 event) September 25, 2024 September 26, 2024(1 event) September 27, 2024(1 event) September 28, 2024 September 29, 2024
September 30, 2024 October 1, 2024 October 2, 2024 October 3, 2024 October 4, 2024 October 5, 2024 October 6, 2024