MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN MUSA’ADAH KEPADA WARGA AGENSI DI BAWAH YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI HAL EHWAL AGAMA YANG TERKESAN DENGAN BENCANA BANJIR

11 Januari 2022 | Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Musa’adah Kepada Warga Di Bawah YB Menteri Hal Ehwal Agama yang terkesan dengan bencana banjir telah diadakan hari ini bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada 338 orang warga agensi melibatkan peruntukkan berjumlah RM338000.

Seramai 12 orang warga kerja JKSM telah menerima bantuan pada hari ini termasuk warga kerja JKSM yang bertugas di JKSN Pahang.

Turut hadir dalam majlis hari ini adalah YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar (Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM) dan Ketua-ketua Agensi di Bawah YB Menteri.

Last Updated on Februari 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in Jun 2023

  • There are no events scheduled during these dates.