MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PEMANDU, JAWATANKUASA MEMPERKASAKAN MAHKAMAH SYARIAH (JKMMS) 2022

22 Jun 2022 – Putrajaya | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) 2022 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Majlis Penyampaian ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada jam 5 petang hari ini.

Tujuan penubuhan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) ini adalah usaha kerajaan berterusan bagi mempertingkat dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, mantan Ketua Pengarah JAKIM dan mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tempoh dua tahun bermula dari lantikan bermula pada 18 Mei 2022.

Manakala sebelas (11) lagi ahli yang dilantik dalam jawatankuasa ini adalah sebagaimana berikut :

i. YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah,

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

ii. YBhg. Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh,

Peguam Cara Negara,

iii. YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar,

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM),

iv. Yang Amat Arif Tuan Haji Ab. Rahman Thobroni bin Mohd Mansor,

Ketua Hakim Syarii, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak,

v. YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz,

Penyandang Kursi, Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM),

vi. YBhg. Profesor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal,

Profesor Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

vii. YBhg. Prof Dato’ Dr. Ahmad Hidayat b. Buang, Profesor,

Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM),

viii. YBrs. Tuan Musa bin Awang,

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia,

ix. YBhg. Dato’ Haji Sulaiman bin Abdullah,

Peguam Bela/ Peguam Cara/ Peguam Syarii,

x. YBhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Md Yusup bin Che Teh,

Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah,

xi. YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz,

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad dalam ucapannya telah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas pelantikan dan amanah yang telah diberikan ini. Dia beliau amat yakin, JK yang dilantik ini mempunyai kewibawaan bagi menggerakkan tranformasi kehakiman syariah serta membantu Kerajaan dalam usaha menaik taraf Mahkamah Syariah dengan kepelbagaian latarbelakang kepakaran yang ada.

Tambah beliau lagi, Pemerkasaan mahkamah Syariah boleh dilakukan, antaranya melalui penggubalan, penyemakan dan pindaan undang-undang Syariah, penstrukturan semula Mahkamah Syariah, termasuklah penstrukturan semula organisasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri dan penyediaan latihan yang komprehensif bagi meningkatkan kompetensi Hakim dan staf mahkamah syariah.

Selari dengan perkembangan semasa, hal ehwal berkaitan pendakwaan Syariah, penguatkuasaan Syariah dan guaman syarie hendaklah bergerak seiringan. Pemerkasaan mahkamah Syariah tidak boleh terpisah sama sekali dengan pendakwaan, penguatkuasaan dan guaman syarie kerana tiga komponen institusi ini amat berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain.

Diakhir ucapan, beliau mengharapkan para cendekiawan ahli Jawatankuasa yang dilantik ini dapat memberi buah fikiran, cadangan dan juga penyelesaian kepada isu-isu berkaitan pentadbiran perundangan dan kehakiman Syariah di negara kita. Platform Jawatankuasa ini dilihat boleh memberi penyelesaian dan merealisasikan matlamat dengan gerak kerja yang bersepadu. Hendaknya kita berusaha dengan tekun dan kreatif dalam mencapai matlamat JKMMS ini.

Majlis ditamatkan dengan sesi sidang media oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Haji Ahmad, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha dan YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar bagi menjawab kepada media beberapa persoalan berkenaan pelantikan jawatankuasa ini.

Last Updated on Jun 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in Februari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023(2 events) Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023
Februari 6, 2023 Februari 7, 2023(1 event) Februari 8, 2023 Februari 9, 2023(1 event) Februari 10, 2023(1 event) Februari 11, 2023 Februari 12, 2023
Februari 13, 2023(1 event) Februari 14, 2023(1 event) Februari 15, 2023 Februari 16, 2023 Februari 17, 2023 Februari 18, 2023 Februari 19, 2023
Februari 20, 2023(1 event) Februari 21, 2023(1 event) Februari 22, 2023(1 event) Februari 23, 2023 Februari 24, 2023 Februari 25, 2023 Februari 26, 2023
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023