MAJLIS PENYERAHAN KUNCI DAN PENGUJIAN STUDIO JKSM

PUTRAJAYA, 3 November 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM telah berbesar hati menerima penyerahan kunci studio JKSM dan menjalankan pengujian peralatan teknikal dengan disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi, pengarah-pengarah bahagian, ketua unit dan sebahagian warga JKSM.

“Alhamdulillah, studio ini berjaya dibina dengan kerjasama kolektif yang amat baik dari semua pihak. Bermula dari Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah, para pegawai sehinggalah kepada kakitangan yang sanggup berjaga malam bagi memastikan kelancaran pembinaan studio ini,” ujar YAA Dato Setia Dr. dalam ucapannya.

“Alhamdulillah…dengan arus Industrial Revolution 4.0 (I.R 4.0), kita juga tidak dapat tidak untuk terus bergerak pantas. Dengan keberadaan studio dan kelengkapan yang canggih ini, saya berharap para pengarah, pegawai dan pelaksana JKSM boleh mula memikirkan program yang bermanfaat dengan memaksimumkan penggunaan studio ini.”

“Malah dengan kewujudan studio ini juga, saya amat berharap agar kita semua dapat memperkasakan lagi penyampaian ilmu kepada para pegawai, meningkatkan literasi kepada masyarakat terutamanya dari aspek perundangan dan kehakiman syariah, seterusnya merancakkan lagi jalinan kerjasama dengan agensi/jabatan lain sama ada dari dalam atau luar negara. Optimumkanlah penggunaan studio ini dengan sebaik-baiknya,” tegas beliau lagi ketika mengakhiri ucapan.

Untuk tatapan penuh majlis penyerahan kunci dan pengujian studio JKSM ini, para pembaca boleh melayarinya menerusi link berikut: https://youtu.be/b7KhtmA7JNM

Last Updated on November 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024